CIRI-CIRI AM BENDA HIDUP
Apakah ciri-ciri am benda hidup?
a) Memakan
b) Bernafas
c) Membiak
d) Bergerak
e) Berkumuh
f) Mengalami Pertumbuhan
g) Bergerak balas terhadap rangsangan
CIRI-CIRI AM YANG SERUPA

MEMAKAN

- Tumbuhan hijau membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.
- Manusia dan haiwan mendapat makanan daripada tumbuhan dan haiwan lain.
BERNAFAS

- Semua benda hidup memerlukan udara untuk bernafas.
- Benda hidup bernafas untuk mendapatkan oksigen.
MEMBIAK

- Semua benda hidup membiak untuk menghasilkan generasi baru supaya bilangan spesisnya bertambah dan tidak pupus.
BERGERAK

- Haiwan bergerak untuk mencari makanan, mendapatkan pasangan dan melindungi diri daripada musuh.
- pergerakan pertumbuhan adalah perlahan dan terhad kepada bahagian tertentu sahaja.
BERKUMUH.

- Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan buangan dari badan.

MENGALAMI PERTUMBUHAN

- Pertumbuhan ialah proses PERTAMBAHAN BILANGAN SEL-SEL BADAN yang menyebabkan SAIZ DAN BERAT BADAN bertambah secara tidak terbalik.

BERGERAK BALAS TERHADAP RANGSANGAN

- Gerak balas ialah REAKSI BENDA HIDUP terhadap rangsangan atau perubahan dalam alam sekitarnya.













No comments:
Post a Comment